Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menyuarakan bantahan negaranya terhadap penyertaan Amerika Syarikat di dalam dialog Syria yang akan dilangsungkan di Astana, Kazakhstan pada minggu hadapan.
"Kami menolak kehadiran A.S (di dalam dialog Astana)," kata Zarif kepada pemberita pada hari Selasa. "Kami tidak menjemput A.S dan kami menolak kehadiran mereka," tambahnya lagi.
Kenyataan itu dibuat selepas Zarif dan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov saling bertukar-tukar pendapat di dalam sebuah perbualan telefon pada malam Isnin. Kedua-dua diplomat itu meminta setiap pihak untuk saling menyelaraskan usaha mereka sebelum dialog di Astana bermula.
Perang di Syria tercetus sejak Mac 2011 dengan penyertaan kumpulan-kumpulan pengganas yang berbeza-beza termasuk Daesh dan al-Nusra. Usaha diplomatik untuk menamatkan krisis di Syria baru-baru ini mendapat momentum baharu dengan pengumuman gencatan senjata yang berkuatkuasa di negara Arab itu pada awal bulan ini.
Gencatan senjata yang disepakati oleh Rusia, Iran, Turki, Damsyik dan kumpulan pembangkang Syria tidak merangkumi kumpulan pengganas seperti Daesh dan al-Nusra.
17 Januari 2017 - 16:43
News ID: 805553
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menyuarakan bantahan negaranya terhadap penyertaan Amerika Syarikat di dalam dialog Syria yang akan dilangsungkan di Astana, Kazakhstan pada minggu hadapan.